Khamis, 19 Mac 2015

AYAM MADU SABAH RESIPI


Ayam madu sabah yang begitu terkenal dengan kesedapan bersama cecah kicap yang di buat sedap. rasa ayam madu yang menjadi buah mulut ramai kini akan terbongkar resepinya. Disini admin akan memberi dua resepi supaya bolehlah kita sama-sama mencuba mana yang menjadi pilihan hati.

RESEPI PERTAMA

Bahan-Bahan

  • 10ketul sayap ayam
  • Seinci halia
  • Serbuk lada hitam 
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Madu (ikut suka nak letak banyak mana)

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan di atas KECUALI madu. Perapkan sekurang2nya 1 jam. (Lagi sedap kalau perap semalaman.)
  • Bakar atas bara api sehingga masak. (Bila dah masak sapukan madu atas ayam dan bakar dalam 5minit).. Siap .. Potong dua sebelum makan ..
  • Makan dengan nasi panas.cicah dengan sambal kicap .. sedap..
  • Sy tak campurkan madu masa nak perap.Sebab cepat hitam jadinya kalau bakar atas bara api..


RESEPI KEDUA


Bahan-Bahan
  • 10ketul kepak ayam
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada sula
  • minyak untuk memanggang
  • serai untuk sapuan minyak
Cara-cara

  • Campurkan kesemua bahan tadi sehingga sebati dan perap semalaman dalam peti ais
  • Panggang ayam diatas bara api.(pastikan bara O.k!)
  • Sapuan minyak pada kepak
  • Terbalikkan ayam supaya masak sekata
  • Masak dan hidangkan dengan kicap khas versi sabah

RESEPI MEMBUAT CECAH KICAP SABAH


Bahan-Bahan
  • Kicap cair cap ayam
  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Bawang merah
Cara-cara
  • Mula-mula potong cili padi,bawang putih, dan bawang merah dalam bentuk yang kasar
  • Masukan kedalam bekas bersama kicap dan bahan-bahan tadi
  • Untuk mengeluarkan pedas hanya menekan cili padi tadi dengan sudu semasa bersama kicap
  • Nikmati bersama ayam madu ataupun ikan bakar pasti menawan hati anda.

Sekian untuk perkongsian kali ini.

42 ulasan:

  1. Skian lma mncri resepi ni..akhirnya dpt jg.. tq atas prkongsian :) klau ada resepi coto mntak admin kongsikn.. tringin mau cba buat sndri.. tq admin!

    BalasPadam
  2. Fake resepi... perapan dan sambal sama sekali xmjadi

    BalasPadam
  3. Fake resepi... perapan dan sambal sama sekali xmjadi

    BalasPadam
  4. Resepi tipu gampanglah korang

    BalasPadam
  5. Resepi tipu gampanglah korang

    BalasPadam
  6. Mengarut resp sabah ayam jadi merah... Ni x merah pn... Dia punya sambal kicap pakai lada kering la..

    BalasPadam
  7. Mengarut resp sabah ayam jadi merah... Ni x merah pn... Dia punya sambal kicap pakai lada kering la..

    BalasPadam
  8. Apa yg buat aym tu jd merah ye?nak kna letak pewarna ka?

    BalasPadam
  9. Siapa ada resepi asli kepak ayam sabah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sye Ada resepi sayap Sabah..kol 0133355385

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Siapa maw resepi sayap sabah Saya ajar kol 0133355385

      Padam
  10. Sy ad resepi kepam ayam sabah 😊

    BalasPadam
  11. saya ada resipi ayam madu sabah. kalau nak beli di persilakan whatsapp atau telegram ke 01135839097. ofcouse dengan harga yang berpatutan sebab saya pun beli resipi ni jugak sebelum ni. Harga rm300. Minggu depan boleh bukak bisnes dah.

    BalasPadam
  12. aku jual sayap ayam bakar , xda guna madu pun , ahahah

    BalasPadam
  13. Nak merah..beli tauhu merah tu..ambil kuahnya yg merah..cmpur ckit tauhu tu..ikut byk mana ayam... tmbah pewarna merah..

    BalasPadam
  14. Biasa kalau nk resepi kepak ayam madu sabah ni . Kena bayar... Mereka jual ilmu resepi kepak ayam tu belajar melamel wassap dengan harha rm300.bukan mudah nkndapat ilmu kepak ayam madu Sabah free... Tk sama dengan resepi lain Yg sudi ajar free untuk mendamendap pahala

    BalasPadam
  15. Sy penjual kepak ayam madu sabah ori.
    Resipi beli dah 3 tahun berniaga alhamdulilah.. Nak resipi wasap.my/60122307761

    Resipi x susah. Senang sgt..x perlu sos. Ratah mcmtu pun dh sedap

    BalasPadam
  16. Senang saja pun.. kicap cair sedikit.. pewarna merah.. garam.. perap dlm 4jam dah cukup.. lepas panggang sapu madu dah siap.. laku juga jual kat pasar mlm.. haha..

    BalasPadam
  17. Kalau sape2 nak belajar resepi kepak ayam madu sabah sy boleh ajarkan 100% asli sabah ... whatsapp 01121773597

    BalasPadam
  18. Sebenarnya pewarna merah tu daripada asam boi yg warna merah tu.. Kawan sy pernah buat.family dia pun jual ayam pangggang gak

    BalasPadam
  19. Boleh bagi resepi tak...bayar pun tak apa teringin nak makan sebab dekat kl susah nak cari

    BalasPadam
  20. 0146445663
    Whatsapp no ni untuk resepi ayam madu sabah+ sos dipping sekali

    BalasPadam
  21. Tq tuan punya blog..selalu guna resepi ni tahun ke tahun klu mo bakar sayap. 😊😁

    BalasPadam
  22. Mungkin lain orng lain cara ,

    BalasPadam