Rabu, 18 Mac 2015

KHASIAT PERIA







Siapa yang tidak kenal peria yang begitu sinonim dengan rasa pahitnya. Oleh kerana admin meminati buah peria, tercetusnya idea untuk memberi penerangan tentang khasiat buah ini dengan lebih lanjut. Cara masakan yang admin selalu makan juga admin sertakan.


Tidak perlu panjang lebar untuk memberi histori tentang asal usul peria ini. sekadar kita ketahui khasiat dan kebaikan sahaja suda cukup.

Kebaikan Peria 
  • Air rebusan peria boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.  
  • Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.
  • Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.  
  • Pakar perubatan China menggunakan air rebusan peria untuk merawat penyakit asthma dan haid yang terlewat.
  • Peria juga dikatakan memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.  
  • Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. Yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.
Khasiat makanan


  • Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.
  • Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.
  • Buahnya boleh dijadikan sebagai jeruk, dikeringkan dan ditinkan.
  •  Mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin.
  •  Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.


Khasiat ubat-ubatan



  •  Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, serta dimakan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan urus serta masalah kaum wanita.
  • Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantu melawaskan buang air besar.
  • Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakat, luka-luka, sampu dan sakit perut.
  • Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubati batuk, bengkak sistem penafasan dan banyak kahak.
  •  Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar.


Lebih menarik, kajian di luar negara mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.


Disini Admin ingin berkongsi cara masakan yang admin rasa sedap.

Peria Berkuah
  • Bawang putih 
  • Bawang  merah
  • Sediakan ayam / daging/ udang or apa2 yang anda inginkan.
  • Tepung 
  • minyak masak yang secukupnya
  • Garam
  • Ajinomoto
Cara Memasak
  1. Masukkan minyak dalam kuali
  2. Tumis bawang sehingga keluar wangi
  3. Masukan ayam /daging/ udang or apa2 , masak sehinga masak
  4. Jangan lupa letak sedikit bahan perasa seperti garam dan aji
  5. Tepung td isi sedikit kedalam cawan bersama air dan larutkan. untuk menambah kepekatan kuah masakan( step ini adalah last sekali ye)
  6. Ok!! siap.. 

Peria Goreng
  • Peria sebanyak anda suka
  • Tepung Kentucky
  • Minyak
Cara-cara memasak
  1. Potong peria ikut suka anda
  2. Gaulkan peria siap potong bersama tepung kentucky
  3. Panaskan minyak
  4. Masuk dalam kuali
  5. Ok Siap!!!
Senang bukan? haha.. inilah masakan lelaki terhandal yang anda cari... 



1 ulasan:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam