Selasa, 31 Mac 2015

MEE SUP DAGING RESIPI


Bahan-bahannya :
● 500 gm daging
● 2 btng serai- di titik
● 1/2 inci lengkuas- di hiris
● 3 sudu besar rempah sup adabi
● 2 sudu besar rempah kurma adabi
● 1 sudu besar serbuk lada hitam/lada putih
● minyak utk menumis
● 5 cawan air atau secukupnya
● garam dan sedikit gula

Bahan Kisar :
● 5 ulas bawang merah
● 4 ulas bawang putih
● 1 labu bawang besar
● 1 inci halia

Bahan Tumis :
● 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
● 2 ulas bawang merah di mayang
● 2 ulas bawang putih di hiris

Cara Memasak :
1. Rebus daging hingga empuk dan toskan. Jangan di buang air rebusan. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu rebus sebab dah lembut.
2. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
3. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
4. Masukkan daging yg telah di rebus dan masukkan sekali air rebusan daging.
5. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.

Bahan-bahan Penyediaan Mee Sup :
● 1 bungkus mee kuning
● 1 mangkuk taugeh- buang ekor, cuci, celur dan toskan
● daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
● bawang goreng.

Cara Penyediaannya :
1. Masukkan mee yg telah di celur ke dlm mangkuk. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
2. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.

Sambal Kicap :
● 10 tangkai cili padi merah
● 15 tangkai cili padi hijau
● 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
● 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
● 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
● 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.

Cara-caranya :
1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
3. Boleh di makan bersama mee sup daging tadi.

Sekian,Selamat mencuba.

UDANG PERCIK RESIPI


Bahan bahannya :
● 1 kg udang - saiz sederhana
● 100 gm bawang kecil - dikisar halus
● 20 gm bawang putih - dikisar halus
● 20 gm halia - dikisar halus
● 4 batang serai - dikisar halus
● 100 gm lengkuas - dikisar halus
● 30 gm belacan - dikisar halus
● 10 gm jintan putih - dikisar halus
● 30 gm cili kering - dikisar halus
● 1 biji santan kelapa
● 1 keping gula melaka

Cara-caranya :
1. Perapkan udang dengan sebahagian bahan rempah lalu digoreng dan toskan.

2. Sebahagian lagi rempah ditumis hingga naik bau. Kemudian masukkan santan bila pekat, tuangkan di atas udang.

2. Mudah nak sediakan sebenarnya. Memang sesuai kalau anda yang ingin hidangkan tetamu makanan istimewa yang ringkas.

Sekian,Selamat mencuba.

TIPS KERACUNAN MAKANAN


Diserang sakit perut akibat keracunan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Paling tidak selesa apabila diserang sakit perut ketika sedang nyenyak tidur di tengah malam. Tentu sahaja sukar untuk anda pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Namun, sakit perut akibat keracunan makanan boleh juga dirawat menggunakan bahan semula jadi yang ada di rumah anda.

1. Lidah buaya :
Selain daripada kaya dengan vitamin E, jus lidah buaya dapat membantu mengeluarkan racun dari dalam badan. Racun akibat makanan ini akan dibawa keluar dari badan, kemudian bahagian yang terjangkit disembuhkan oleh jus lidah buaya.

2. Delima :
Delima merah dikatakan boleh mengatasi masalah cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.

3. Daun pudina/peppermint :
Daun yang berasa segar dan pedas ini memang sedap dimakan bersama mihun sup atau teh panas. Pepermint juga boleh menjadi ubat jangkitan perut yang disebabkan keracunan makanan.

4. Lemon :
Semua orang seeloknya menyimpan buah lemon dalam peti sejuk masing-masing. Lemon terkenal banyak khasiatnya termasuk membunuh bakteria jahat dalam perut yang membuatkan cirit-birit.

5. Yogurt :
Yogurt yang berkrim juga adalah anti septik terbaik untuk perut yang dijangkiti bakteria. Masalah pencernaan dapat diselamatkan dengan bertambahnya bakteria baik yang diperoleh apabila makan yogurt.

Sekian,Selamat mencuba.


BIHUN HAILAM RESIPI


Bahan-bahan:
bihun yang di celur

Bahan-bahan kuah:
5-10 biji cili kering-blend
4 ulas bawang putih-blend

Campuran sos:
sos tiram
sos tomato
kicap (saya guna kicap manis dan masin, campur. kalu ade kicap pekat lagi bagus)
lada hitam
lada sulah
2,3 titik minyak bijan *
sos nampla aka sos ikan *
10 ekor udang
2 mug air masak
sawi 2 pokok, daun kubis 2 helai, carrot setengah batang, cendawan, tomato sebijik.
bancuhan tepung jagung 1/2sudu teh)

Cara:
1. tumis bawang dan lada kering di blend sampai naik bau.
2. masukkan air dan campuran sos, kicap dan lada hitam, lada sulah. sos tomato letak sikit jer dalam 2 sudu besar. sos tiram biar rasa. kicap pon secukup rasa. serbuk lada hitam letak dalam setengah sudu teh. lada sulah tu kalau suka pedas menyengat hidung letak banyak-banyak.tambah lah garam gula sikit kalau rasa tak cukup.
3. masukkan udang.
4. masukkan sayur mayur.
5. try sesedap rasa. biar rasa dia kuat sikit sebab nak makan ngan bihun nanti tawar.
6. nak pekat campur dengan bancuhan tepung jagung akhir sekali


Sekian,Selamat mencuba.

KHASIAT TOMATO


1. Bagi anda yang menghadapi masalah jerawat, cuba petua ini. Lenyek tomato dan sapukan pada keseluruhan wajah terutama di bahagian berjerawat. Biarkan ia kering pada wajah atau dalam anggaran 30-40 minit. Kemudian, bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.

2. Tomata juga dikatakan dapat membantu mengurang dan memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah. Caranya mudah sahaja, potong tomato kepada dua bahagian. Ambil separuh dan sapukan paada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.

3. Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur. Sapu pada wajah dan biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Kemudian baru bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.

4. Bagi atasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai masker dan sapu pada keseluruhan wajah. Biarkan ia kering selamat kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam, kulit bukan sahaja lembap malah berseri.

5. Campuran jus tomato dan madu amat mujarab untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Sapu bahan tersebut pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan air perahan limau nipis. Hasilnay kulit akan cerah sekata.

6. Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi. Ia dikatakan mampu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Just tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan anda berasa kenyang.

7. Kebanyakan wanita mengalami masalah dehidrasi kerana bekerja dalam bilik yang menggunakan pendingin hawa. Akibatnya kulit menjadi kering dan ada juga yang bersisik. Mudah saja untuk kembalikan kelembapan kulit, lenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bila dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

8. Tomato juga boleh digunakan untuk merawat rambut kering dan bercabang. Lumur rambut dengan jus tomato dan balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ia dapat membuatkan rambut anda sihat dan bersinar.

9. Lenyek tomato dan sapukan dibahagian kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur. Lakuukan selama 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

10. Bagi meghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan mata dengan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli. Ia akan mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah

AYAM REBUS BATANG KELADI RESIPI


Bahan-bahannya :
● 3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2, ambil sekali ubinya
● 1/2 cwn jus asam jawa, boleh juga guna asam keping
● 2 tangkai daun kesum
● Garam dan gula secukup rasa
● Air secukupnya

Bahan kisar :
● 5 tangkai cili merah
● 10 tangkai cili padi merah
● 4 ulas bawang merah
● 3 ulas bawang putih
● 1 labu bawang besar
● 1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
● 1 inci kunyit hidup
● sedikit belacan

Cara-cara memasaknya :
1. Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.

2. Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.

3. Dalam periuk masukkan bahan-bahan yg kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.

4. Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, jus asam jawa, gula dan garam.

5. Masukkan daun kesum dan perasakan.

6. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api dan hidangkan bersama lauk kegemaran.

Sekian,Selamat mencuba.

SAMBAL KERING KENTANG RESIPI


Bahan-bahan:
2 biji kentang
6 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 sudu cili kisar
2 sudu gula
Sedikit garam (dlm 1/2 sk kot..)
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara:
1) Kentang dikupas kulit dan dipotong nipis. Kemudian di lumur dengan garam dan goreng garing (sebelum tu saya rendam kejap
dengan air kapur, tak buat pun takpe)

2) Tumis bawang dan cili kisar sampai nampak sedikit garing. Masukkan garam dan gula, biar sampai pekat dan berkilat.

3) Matikan api dan biarkan sambal tumis sejuk sedikit... baru masukkan kentang goreng. Gaul rata hingga semua kentang disaluti cili..

Sekian,Selamat mencuba.