Rabu, 1 April 2015

NASI LEMAK RESIPI


Bahan-bahan untuk nasi:
● 2 cawan beras
● 1 cawan santan dan 1 cawan air (guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
● 1 helai daun pandan - disimpul
● 3 hirisan halia
● garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk sambal:
● 6 sudu besar cili kering mesin
● 4 ulas bawang merah -ditumbuk
● 2 ulas bawang putih -ditumbuk
● 1 biji bawang besar -dihiris
● segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
● sedikit air asam jawa
● sedikit belacan (jika suka)
● garam dan gula
● Bahan sampingan lain:
● Ikan bilis goreng, telur rebus, kacang tanah goreng dan timun.
● Daun pisang (sebagai alas)

Cara memasaknya:
1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.

2. Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.

3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.

4. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.

5. Setelah masak, sedia untuk dihidangkan dengan beralaskan daun pisang.

Sekian,selamat mencuba.

UDANG GORENG DAUN KARI RESIPI


Bahan-bahannya :
● 750gm Udang Harimau (size sederhana/besar)
● 2 biji bawang besar – dihiris2 bulat
● 3 sudu besar bawang kisar
● 4 ulas bawang putih di tumbuk halus
● 1.5 cm halia segar di tumbuk halus
● 4 sudu besar cili kisar
● 2 tangkai daun kari
● 1/2 teh serbuk kunyit
● 1 batang serai yang dititik
● 1 kuib knorr ikan bilis
● Garam dan gula secukup rasa
● 2 sudu besar mentega
● Minyak masak untuk menumis
● 1 biji buah tomato dihiris2 sebagai ulam nya
● Sedikit daun kari, boleh di goreng ranggup untuk taburan

Cara memasaknya :
1. Panaskan kuali, letakkan mentega, biarkan ia cair, tuangkan minyak sedikit. Kemudian letakkan sebatang serai, bawang putih dan halia yang ditumbuk halus, biar aroma nya naik, letakan cili dan bawang kisar dan 1 kiub knorr ikan bilis, gaulkan hingga sebati.

2. Bila kuah mula mendidih masukkan udang dan daun kari. Gaulkan udangnya bersama kuahnya supaya resap dan sebati. Bila dah masak bolehlah diangkat.

Sekian,Selamat mencuba.

DAGING BAKAR RESIPI


Bahan-bahannya:
● 1 keping daging batang pinang yg telah dipotong selebar tapak tangan
● 1 sudu serbuk kunyi
● 1 Serbuk perasa
● 1 sudu serbuk secukup ( tak perlu letak garam lagi )

Cara-caranya :
1. Perap daging bersama serbuk kunyit, serbuk perasa dan serbuk secukup rasa lebih kurang 20 minit.

2. Bakar/panggang daging tu mengunakan pemanggang ajaib atau kuali leper lebih kurang 30-40 minit bergantung pada ketebalan daging.

3. Balik-balikkan daging supaya masa rata.

4. Setelah masak hiris nipis-nipis untuk dihidang bersama air asam dan nasi panas.

Sekian,selamat mencuba.

NASI AYAM GORENG RESIPI


Bahan-bahannya :
● 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
● 2 sudu kecil garam
● 1 sudu besar serbuk kunyit
● 1 sudu besar rempah kari
Ayam di potong dibersihkan dan toskan. Gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari. Perap sebentar dan goreng seperti biasa(tidak terlalu garing).
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan

Nasi
● 1 sudu rempah kari
● 1 inci halia-tumbuk kasar
● 4 ulas bawang merah - tumbuk kasar
● 2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
● 1/2 labu bawang besar - potong dadu
● 2 inci kulit kayu manis
● 2 biji buah pelaga
● 3 kuntum bunga lawang
● sedikit kiub ayam
● sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
● 2 bay leaves/ daun ketumbar
● 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
● 4 1/2 cwn air
● 1/2 cwn susu cair

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah-rempah tadi.
3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.

Sekian,Selamat mencuba.

NASI GORENG KAMPUNG RESIPI


Bahan-bahannya:
● 3 cawan nasi
● 6 ekor udang, dibuang kulit
● 2 ekor sotong, dipotong bulat
● 3 ulas bawang merah
● 3 ulas bawan putih
● 6 biji cili padi
● 1/2 ikat sayur kangkung
● 1 mangkuk kecil karot, didadu
● 1 sudu besar sos ikan
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 biji telur
● 2 ketul fish cake, putong dadu
● ikan bilis goreng
● serbuk lada sulah
● garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk kasar :
● 3 ulas bawang merah
● 3 ulas bawan putih
● 6 biji cili padi

Cara memasaknya :
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
4. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
5. Taburkan dengan ikan bilis goreng diatas sebelum hidang.

Sekian,Selamat mencuba.

AYAM MASAK SOS TIRAM RESIPI


Bahan-bahan

1. 4-6 ketul Ayam 
2. 2 sudu Sos Tiram
3. Gula
4. Garam (optional)
5. ½ inci Halia- dihiris
6. 3 biji Bawang Merah - ditumbuk
7. 1 biji Bawang Besar - dihiris
8. 2 ulas Bawang Putih - ditumbuk
9. Kiub Pati Ayam
10. Lada
11. Bunga Lawang, Kayu Manis, Cengkih

Cara Memasak:

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih,halia, lada yang dah dihiris ke dalam minyak panas.
2. Masukkan kiub pati ayam & rempah-rempah seperti bunga lawang, kayu manis & cengkih ke dalam tumisan.
3. Bila dah naik bau, masukkan sos tiram. Kacau hingga rata.
4. Masukkan ayam, bawang besar & gaulkan. Tutup kuali dengan penutup supaya ayam cepat masak & kuah terhasil daripada proses pengewapan tersebut.
5. Biarkan beberapa minit. Masukkan gula & garam secukup rasa.
6. Tutup balik kuali & biarkan sehingga ayam betul-betul masak.


Sekian,Selamat mencuba.